Thursday, October 15, 2009
♥ Lelaki merajuk?

Nampak macam pelik. Tapi itulah realiti.Ada beberapa sebab yang menyebabkan lelaki itu merajuk.
1. Cemburu - Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk.Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda daripada dirinya.Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan, Si Dia menginginkan sesuatu daripada anda, tetapi anda tidak memberikannya.Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai(kenapa roti canai pulak ni? Ahaks:D),tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain.Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai.Susah ni :P
3. Orang lain lebih hebat daripada dia. Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian anda.Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa.Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda di samping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Bagaimana nak pujuk?Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk.Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya.Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk,cuma sebagai panduan atau tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar-Adalah lebih mudah berkata benar.Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanyapada si Dia kenapa dia merajuk.Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung.Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar inidapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat pada si Dia.Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan-Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah..Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan.Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya.Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
3. Ucapkan kata-kata “manis”-Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia merajuk,cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia“bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya.Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis tersebut.Adalah amat kelakar bagi sehinggakan anda pun tersengih pada ketika ini.
4. Nyanyikan lagu buatnya-Ha…tips ini merupakan tips yang paling ultimate. Kalau ditanya,berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernahkah anda nyanyikan lagu untuk si Dia?Mungkin jawapannya tak kan. Tetapi apa salahnya anda berkaraoke dalam telefon saja.Berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa?Sudah pasti ya! :P Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menyanyi.Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
satu dalam hidup kita adalah Dia.
3:06 AM
0 commented
3:06 AM
0 commented