<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/2874425105923651302?origin\x3dhttp://bilabintangbersuara.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Thursday, October 15, 2009

♥ HANTARAN AL-QURAN...


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..


“Sini pun cantik juga. Warna ungu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil


Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.


“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.


“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil.

Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.


“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..


“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...


“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.


“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.


“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.


“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.


“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.


“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.


“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.


“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.


Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.


“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.


“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.


“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.


Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.


“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.


“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.


Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd“Apa benda nih ” detik hati Nabil.


“ Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA... RIII..!! ” berlagu Nabil.


Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.


Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.


“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.


Hari semakin cepat berlalu..


Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.


Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


read dis..


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and hisrelatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man byhis head. When the dead body is shrouded, that man gets in between theshroud and the chest of the deceased.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelakiitu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yangbetul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki ituberada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar danNakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supayamereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenaiketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorangdiri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlahtugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati diadimasukkan ke dalam Syurga.


'Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a lowvoice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you willhave no grief.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Akuadalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suarayang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.


'When the interrogation is over, the handsome man arranges for him fromAl-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripadaAl-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yangdipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,before Allah, no other Intercessor will have a greater status than theQur'an, neither a Prophet nor an angel.'Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun dari nabi atau malaikat.

satu dalam hidup kita adalah Dia.
9:12 PM
0 commented

♥ Lelaki merajuk?




Nampak macam pelik. Tapi itulah realiti.Ada beberapa sebab yang menyebabkan lelaki itu merajuk.


1. Cemburu - Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk.Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda daripada dirinya.Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.


2. Tidak dapat apa yang diinginkan, Si Dia menginginkan sesuatu daripada anda, tetapi anda tidak memberikannya.Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai(kenapa roti canai pulak ni? Ahaks:D),tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain.Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai.Susah ni :P


3. Orang lain lebih hebat daripada dia. Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian anda.Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa.Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda di samping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.


Bagaimana nak pujuk?Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk.Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya.Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk,cuma sebagai panduan atau tips sahaja.


1. Terangkan perkara sebenar-Adalah lebih mudah berkata benar.Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanyapada si Dia kenapa dia merajuk.Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung.Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar inidapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat pada si Dia.Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.


2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan-Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah..Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan.Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya.Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.


3. Ucapkan kata-kata “manis”-Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia merajuk,cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia“bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya.Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis tersebut.Adalah amat kelakar bagi sehinggakan anda pun tersengih pada ketika ini.


4. Nyanyikan lagu buatnya-Ha…tips ini merupakan tips yang paling ultimate. Kalau ditanya,berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernahkah anda nyanyikan lagu untuk si Dia?Mungkin jawapannya tak kan. Tetapi apa salahnya anda berkaraoke dalam telefon saja.Berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa?Sudah pasti ya! :P Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menyanyi.Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

satu dalam hidup kita adalah Dia.
3:06 AM
0 commented

♥ Ciri-ciri seorang sahabat yang baik

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;


Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

satu dalam hidup kita adalah Dia.
3:03 AM
0 commented

♥ TANDA ORANG YANG SAYANG PADAMU

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "akuCINTA padamu", tapi berselindung selain kata cinta.

6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu bahkan dia sanggup kirimkan makanan buatmu walaupun dia ada komitmen lain yang lebih penting. Baginya kamu adalah lebih penting pada waktu itu. kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'goodluck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap ditelefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL sepertimenelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.

20]Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagianbesar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Tak percaya? Cuba 'curi'hp-nya seketika pabila dia terleka atau tertinggal di mejanya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

tapi kadang-kadang cinta itu tak perlu pengucapan..

satu dalam hidup kita adalah Dia.
2:52 AM
0 commented

Friday, September 11, 2009

♥ sy dah penat...

awak...

saya rindu kat awk...
sungguh xsangka saya boleh jatuh hati sampai begini
saya xsuka prasaan ni...
awak jahat sebab memberi saya harapan tapi tidak memenuhi
mengapa awk??!!...
awk buat sy terbuai2 tanpa tali tanpa pegangan
sy hanyut dlm perasaan sy
sy dh pnat

awak...
kenapa hati ini menunggu awk saban hari
sedangkan awk tidak merasakan spt yg sy rasakan
Ya Allah ya tuhanku..
jika dia jodohku maka permudahkanlah. .
jika dia bkn utkku maka bebaskanlah. ..
krn diri ini sudah xsanggup menahan rindu..
yg mmberi seribu bebanan
dan sejuta keresahan..
aku dh xsanggup..

awak..
berilah seribu alasan pun
berilah seribu kata2 pun
diri ini sudah lali
kian penat
kian hati ini sakit
apakah salah sy awk
smpai awk buat sy smpai begini

awak..
berbalam janji awk berikan
berkepuk kata2 manis awk taburkan
semuanya di mana
satu pun awk tdak tunaikan
bahawasanya hati ini tidak lg tertahan beban resah yg terpikul

awak...
wlaupun diri ini bkn yg awk pilih
utk mnjadi suri idupmu
namun tolonglah beri peluang
jagailah hati ini
serikanlah kekosongan hati ini dgn kata2 manis
sungguhpun hakikatnya palsu semata
tp biarlah
asalkan keresahan ini hilang

awak...

sy dah penat... ... .

saya penat... ...

penatt... ... ..








satu dalam hidup kita adalah Dia.
12:17 AM
2 commented

Thursday, September 10, 2009

♥ mogok lapar..

haha..aku lancarkan mogok lapar kt umh ni..arini ari ke2 mogok aku berlangsung..

satu dalam hidup kita adalah Dia.
10:11 AM
1 commented

Tuesday, September 8, 2009

♥ Cinta vs Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.



Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta. Dan rasanya rata-rata akan mengatakan "aku tak pernah jatuh cinta rupanya"...

satu dalam hidup kita adalah Dia.
3:53 PM
0 commented

Monday, September 7, 2009

♥ aku manusia lemah...

assalamualaikum..hari ini,aku merasakan perasaan yang payah untuk aku huraikan.aku tak tahu apa yang harus aku lakukan.walau aku cuba bertahan,menahan diri dan hatiku dari memikirkan tentang dia,aku tak boleh terusan begini.aku tak kuat untuk menghadapi sebuah lagi perpisahan.perhubungan yang kami mulakan dengan riang tawa,kini semakin suram bak mendung menyeliputi awan.kelabu..sesuram hatiku kala ini.kata dia,berikan dia masa untuk berfikir..ape yang aku takuti cuma die makin jauh..aku penat..penat untuk mengharungi badai ini.aku manusia lemah,yang punya banyak kelemahan,dan bukan aku tak fikirkan itu.aku cuba memperbetulkan diriku..kelemahan dan kekurangan yang aku miliki,aku harap dia tetap ada untuk menemani aku..aku tak sempurna,aku perlu dia untuk hari-hariku..entah kenapa aku masih mengharap dia adalah jodohku..benar kata orang,cinta itu buta..sekali cinta selamanya cinta buatku..tapi cinta itu sangat menyakitkan,dalam kesakitan itu pula ada kemanisan.untuk merasai kemanisan sebenar sebuah percintaan pelbagai halangan dan dugaan tersedia..kita manusia yang lemah,perlu kuat untuk ini semua..aku harap ketabahan akan membantu aku melalui onak dan ranjau dalam hubungan ini...wassalam..

satu dalam hidup kita adalah Dia.
4:06 PM
1 commented

Saturday, September 5, 2009

♥ meratap aku dalam sendu..

assalamualaikum..
kembali lagi setelah lama kehilangan idea untuk dicurahkan..aku tak tahu apa yang sedang aku alami..sakit yang aku rasakan kini lain dari sakit-sakit yang pernah aku alami..berat dan payah ku luahkan..aku tak tau apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini..aku sering keliru.otak yang bercelaru,aku tau aku makin jauh dari redha-Nya.tuhan,berikan aku petunjukMu menyusuri ujian yang Kau berikan.aku bukan manusia sempurna yang mengharapkan sebuah cinta sempurna.aku cuma mahukan seseorang untuk membimbing aku.mengajar aku erti hidup,mendidik aku erti kesabaran,membawa aku mengerti dunia cinta yang tulus..aku bukanlah malaikat yang penuh kesempurnaan.didiklah aku untuk menjalani kehidupan ini..aku tak ingin merasakan jiwa yang tak tenang ini..tuhan,bantulah hambamu ini..aku mohon..berikan hambamu ini hidayahMu ya Allah..

satu dalam hidup kita adalah Dia.
2:51 PM
1 commented

Monday, April 6, 2009

♥ Ku Pinjam Satu Bintang




Kurindukan Dia
Kumahu Belaian Manja
Ku Ingin Selalu…..Disisinya

Hooo Huuoo
Inikah Bahgia
Inikah Kasih Asmara
Bernyanyi Lah Hatiku Dengan Cinta

Ku Tak Ingin Lagi Berjauhan
Usah Kau Hampiri Perpisahan
Seharusnya
Kau Mengerti Kasih
Hanya Engkau Dihatiku
Andai Mampuku Menyentuh Awan
Akan Kupinjamkan Satu Bintang
Dan
Ku Pancar Seri Yang Gemilang
Itu Kasih Kewajahmu

Kuberjanji Sayang

Ku Menunggu Dikau Pulang hei..hei

Membawa Cintamu Yang Terindah
Dengarlah Kata Hatihoo..huooo

Kurindukan Kasih Dia

Kumahu Belaian Manja

Takkan Kulupa Cinta Pertama

Cinta

Ku Tak Ingin Lagi Berjauhan
Usah Kau Hampiri Perpisahan
Seharusnya Kau Mengerti Kasih
Hanya Engkau Dihatiku
Andai Mampuku Menyentuh Awan
Akan Kupinjamkan Satu Bintang
Dan
Ku Pancar Seri Yang Gemilang
Itu Kasih Kewajahmu..hoouooo

Kuberjanji Sayang

Ku Menunggu Dikau Pulang

Membawa Cintamu Yang Terindah

Dengarlah Kata Hati

Dengarkanlah Kata Hati
Dengarkanlah Bicaraku

satu dalam hidup kita adalah Dia.
10:50 PM
0 commented




♥ All About The Star ;

    BintangMadu <3
    23
    Scorpio
    05 Nov'86

♥ Quotes ;

    black hair. black eyes. open-minded. loveable. couragous. strong-willing. tastefull.

♥ leave me a comment

♥ Take A Look At The Past<3